25.2.10

buku tebal di bawah tetikus

Penat membaca,
Pasang broadband, online kejap.
Kata kejap tapi dah tersangkut sampai dua jam.
Mata penat memandang skrin laptop. Sesekali menjeling buku tebal di bawah tetikus.
Tebalnya. Inilah akibatnya kalau suka belajar last minute. Menyesal. Tapi buat balik.
Ada ujian malam ni. Tapi boleh lagi layan blog.
Pernah tak rasa muak belajar?
Aku pernah. Banyak kali. Rasa nak termuntah. Belajar benda yang sama. Tapi tak pandai-pandai. Mungkin otak aku terlampau slow. Mungkin juga kena tambah ram, bak kata kak erny.
Buku tebal di bawah tetikus. Aku biar kat situ. Pegun. Sambil tangan aku lancar menekan papan kakunci. Malas nak hafal. Malas.
Semakin nak habis belajar. Semakin malas. Muak.
Dalam hati masih keras berkata, ' jangan nak buat hal tahun akhir ni, aku tak nak extend pengajian'.

Jam dah pukul 2.50 petang. Aku masih bersama virus M.

No comments: