27.2.10

IMEJ

Ya, tajuk diatas sangat membosankan.

Pagi sampai petang aku dan kawan-kawan seUniversiti yang lain pergi menuntut ilmu IMEJ.

Temanya: IMEJ,Diri anda aset anda.

Disampaikan oleh: ADAMAYA consultant.

Pujian harus diberikan kepada pihak penganjur kerana bertungkus-lumus menyediakan semua ini semata-mata untuk menjadikan aku dan kawan-kawan seUniversiti aku cantik, menarik, tertarik, kau memang dabomb.

...

Setelah pergi ke kursus itu pagi tadi, aku dapat rumuskan bahawa mencipta, menjaga dan menskonsistenkan imej itu susah rupanya. Penat.

Bermula dengan pemilihan warna baju. Amat melecehkan. Baru aku tahu rupanya, warna baju amat memainkan peranan dalam menaikkan seri seseorang sekaligus mencipta keyakinan. Kalau aku, aku tengok baju dulu,baru tengok warna. Hee. Salah teknik rupanya. Patutlah aku selalu tenggelam dan suram.

Selesai pilih warna, kena pilih pakaian, corak, beg, aksesori, tali leher dan kasut. Ish.. rumit kemain. Nampak sangat aku buta fesyen. Kalau penceramah itu tadi tengok aku, mesti dia komen habis.

Selesai pilih baju, make up pula. Yang ni bahagian yang sangat leceh. Sebab sebelum pakai dan selepas pakai kena cuci muka. Kalau tak, muka boleh tumbuh jerawat.

Semua kena konsisten, kontra dan ada titik fokus.

Imej kena konsisten, warna baju kena kontra dengan warna kulit dan perlu meletakkan titik fokus iaitu di kawasan mana kita hendak jadikan tumpuan. Baju, tudung, kasut atau mata.

Tadi, aku pun ada belajar pasal maskara. Rupa-rupanya, kening pun ada maskara. Wow. Aku rasa jauh ketinggalan di belakang.

Pandangan pertama itu penting. Maka, sentiasa bersedia untuk keluar rumah, bercakap dan melakukan apa saja aktiviti kerana manusia tak boleh lari dari membuat persepsi dan setiap orang ada persepsi masing- masing.

Aku pulak, terbeli baju dinner awal. Dan aku tak tahu sangat pasal fesyen ni. Maka, setelah aku tahu apa warna yang sesuai untuk aku, aku pun balik bilik, buka almari, dan tengok baju dinner aku beli,

hmmm... warna kelabu. Tengelam. Terus rasa kurang keyakinan.

Roommate kesayangan aku telefon aku dan kata nak pinjam jubah aku dan tuan jubah sekali untuk memperagakan jubah pada sesi peragaan esok.

Alamak. Habislah aku kena komen. Sangat. Dahlah kasut tak sesuai. Haha. Baru aku tahu apa yang aku beli selama ini rupanya tak sesuai dengan imej aku. Tak konsisten.

Lantakla. Pakai je lah esok. Jangan terpeleot kat pentas esok sudah. Cuak pulak :(

Untuk awak, ya awakla, siapa lagi,
Saya tak dapat nak tengok aksi-aksi pendebat universiti saya (dan awak sebenarnya)pada PNC dua hari ini. Saya pergi tukar imej saya. Si hitam kepada kelabu.
Selamat jadi hakim (awak jadi hakim ke?) dan jangan terlalu memikirkan markah sangat, nanti migrain lagi. Pakar psikitrik dua hari lepas kata pada saya, migrain salah satu punca stress.Awak nampak buruk bila stress. Saya pun. Sebab itu saya tak mahu stress. Good luck! :)

Untuk aku, tabahkan hati untuk dikritik.

6 comments:

TMUkmkd said...

ni blogger baru ni :D
salam blogger :)

si hitam said...

ha ah blogger baru..
hehe.. thank u.. :)

TMUkmkd said...

blogger umt ke? kalau blogger umt nak masukkan dalam list http://blogger-umt.blogspot.com/ ni.
ada member lain yang blogger?

si hitam said...

yup.. UMTian
hehe.. camne nak masukkan..?
saya kena approve ke?
rugi pulak x pegi blog talk aritu..huhu

TMUkmkd said...

tak perlu.. aku yang akan masukkan :D
sebab nak tanya dulu takut ada orang yang tak suka nak dihebahkan blognya :)

si hitam said...

oo.. memang x nak hebah pun.. sebab baru lagi..
segan la.. mugkin selepas beberapa bulan. :)