1.3.10

kau marikh, aku venus

Kau marikh,
Aku venus,
Kau ada paksi,
Aku ada paksi,
Kita keliling matahari,
Tapi kau orbit lain,
Aku orbit lain,

Kau marikh,
Aku venus,
Kita keliling matahari,
Kau punya orbit,
Aku punya orbit ,
Aku nampak kau ,
Jauh..
Merah, berbatu.
Kita berselisih,
Aku hanya melirik..
Kau terus berputar,
Putar pada paksi kau.

Kau marikh,
Aku venus,
Kau berputar,
Aku mahu berhenti.
Kerna aku,
Mahu berputar dengan kau,
Sama, serentak,
Aku mahu seorbit dengan kau,
Kelilingi matahari,
Agar kau nampak aku ,
Agar kau sedar aku,
Agar kau tahu aku,
Aku Kagum akan kamu,
Si merah yang mengelilingi matahari.

Tapi masih,
Kau marikh dan aku venus.
Ada halangan,
Selebar jarak orbit,
Tak mungkin aku kesana,
Melompat ke orbit kamu,
Tapi mungkin satu hari nanti,
Aku berhenti,
Untuk kamu nampak aku,
Untuk aku jadi bersinar,
Seterang matahari,
Yang mungkin,
Kau kelilingi,
Kerna aku venus dan kau marikh.

2 comments:

TMUkmkd said...

adus macam kecewa je bunyinya

si hitam said...

tmu: huhu..