19.2.10

Kurang 24 jam

Pejam celik pejam celik,

sudah hari jumaat
terasa sekejap bersama dengan keluarga
dua hari lagi, mulalah aku rindu dengan masakan bonda, mulalah rindu nak sakat adik
rindu nak gurau dengan mak, abah dan adam.

rindu dengan katil, rindu dengan aroma rumah. Ah.. rindunya.

Hari esok mula lah aku sibuk. Sibuk di mulut, tapi kerja masih lagi bertimbun. Tesis tak siap lagi. Baru separuh jalan. Lab report, tak perlu nak cerita lah. Memang aku bercuti sakan. Walaupun hanya duduk di rumah, aku rasa bahagia. Ada mak, abah dan adam. Memang puas hati melayan mereka. Senyum puas. Cuti rasa tak cukup. Rasa tak nak pulang ke Universiti.

Malas nak balik sebab saya tak tahu apa yang akan menunggu saya di sana. Memang betullah, life is full of surprise. But sometimes, i hate surprise.

Buat si dia, saya tahu awak membaca ini dan awak org pertama yang tahu kewujudan blog ini. Semoga berjaya dalam debat. Semoga berjaya ke final. Saya tahu awak hebat :)

Buat diri sendiri, siapkan tesis kamu cepat, nanti Dr minta baru terkedek-kedek nak siapkan. Jangan lupa ambil charger laptop kamu. Asement yang bertimbun tu jangan terlepas pandang, nanti merana kamu. kamu sudah sem akhir ni.. jangan buat hal pula.

Buat keluarga, terima kasih tolong hantarkan saya ke Universiti sebab mereka tahu perkhidmatan awam di sana sangat-sangat tidak membantu pelajar wanita macam saya. haha. Terima kasih keluarga :)

Buat Kuantan, kamu mesti tunggu saya pulang lagi, saya akan pergi membeli-belah dengan gembiranya. semalam saya pergi kedai kamu semua tutup. Bosan betul saya. Tunggu kepulangan saya ya :)

Buat Gambang water park, jangan gelakkan saya. Walaupun dekat, saya tak pergi jenguk kamu lagi. saya terlalu menyayangi rumah saya, sehingga tak sanggup keluar dari rumah. Nanti saya datang bawa suami dan keluarga saya ke sana ya. Nanti bagilah diskaun pada saya. (:

Buat Universiti yang kusayang, saya dah nak balik ni. Cukup-cukup la buli saya oke. Saya sudah balik bersama payung baru. Kamu tak dapat buli saya lagi. hahahahaha
Jumpa disana (:

No comments: