24.2.10

lubang hitam

Masa semakin suntuk,

Dia mempercepatkan langkahnya.
Berlari ke depan, menjauhi lubang hitam. Malangnya, lubang hitam itu manarik dia kebelang, dia hampir tersedut ke dalam. Dia lari sekuat hati, sambil bercucuran air mata.

Jangan menangis! Jerit hatinya.

Lubang hitam semakin dalam dan semakin kuat tarikannya. Dia lari tanpa toleh lagi. Tiba-tiba, dia rasa lariannya semakin laju. Dia berjaya menjauhi lubang hitam itu. Malangnya, kaki dia tidak dapat berhenti dari berlari. Jantungnya sakit. Injap trikuspid dan biskupid laju menutup dan membuka supaya darahnya beredar dengan lancar. Dia lelah, dia penat. Tapi kenapa tak dapat berhenti? Kenapa kaki dia masih berlari? Kenapa lubang itu berhenti mengejar?

Dia dah jauh dari lubang hitam itu.
Tapi dia masih berlari. Dan dia sedar, mungkin satu hari jantung dia akan berhenti akibat terlalu penat berlari.

No comments: