18.2.10

mencari violet

Mula-mula tak nampak lagi potensi diri. Sebab tak sanggup untuk mengakui.Tapi bila dah buat pelbagai eksperimen, nyata, aku ada elemen itu. Dan tak mustahil, semua orang ada elemen itu. Malah lebih teruk dari aku mungkin.

Aku takut juga, kalau-kalau terlalu taksub dalam mencari entiti violet dalam diri, aku terus terpengaruh dan lemas dalam entiti violet itu sendiri. Di saat itu, aku mula melukai diri sendiri dan orang lain. Seram bukan.

Jadi, perlukah aku mencari violet? atau aku harus biar dia meresapi dalam diri aku. Atau aku perlu mengawalnya supaya aku dan orang lain tidak tercedera.

Violet, tunggu di situ, sebab aku rasa aku perlu kamu.

No comments: