17.2.10

metamorfosis

Aku bukan rama-rama yang menjalani metamorfosis. aku juga bukan serangga yang memerlukan proses ini untuk menjadi lebih kuat dan matang. Aku seorang manusia. metamorfosis mustahil berlaku, tapi aku akan mengalami satu perubahan. Semua orang akan berubah. Tapi tidak aku jangka perubahan ini akan berlaku secara mendadak sehingga buat aku sesak nafas, tersepit dan rimas. Anggaplah aku berubah dari seekor ulat beluncas yang buruk lagi menggelikan. Sehingga satu masa, ulat yang hijau ini akan berubah menjadi seekor rama-rama yang boleh terbang. Mempunyai kebebasan untuk kemana sahaja. Terbang, hinggap atau makan. Semuanya terletak pada diri rama-rama tersebut.

Perasaan kekok menjadi rama-rama masih lagi tak dapat dihilangkan. Memang terasa amat janggal. Tiba-tiba makanan ruji harian iaitu daun telah bertukar menjadi madu. Aku kena cepat beradaptasi. Kalau tidak aku mungkin akan rugi. Dikelilingi rama-rama yang lain juga menyebabkan aku takut. Takut untuk mengakui aku sudah menjadi rama-rama.

Mungkin aku terlalu selesa dengan keadaan aku dulu. Sebab itu aku rasa macam tak sesuai jadi rama-rama.

Ah.. aku bukan rama-rama!

Aku manusia. Yang akan berubah. Berubah dari satu fasa ke fasa yang lain. Dari fasa bayi ke fasa budak, remaja, dewasa dan tua. Dari fasa solo ke fasa berduet. Dan seterusnya ke fasa triplet dan quadret(tak tau camne nak eje. Dan perubahan-perubahan ini amat meresahkan aku. kerana setiap kali perubahan ini berlaku, jantung aku akan ber lub dup dengan pantasnya. Seram sejuk. macam proses bertukar ke serigala jadian. Amat menyakitkan dan menakutkan.

aku juga seringkali memujuk diri. Mengatakan bahawa perubahan ini sekejap sahaja. malah ada kawan aku cakap, 'kita kena enjoy dengan perubahan ini'. huh.. enjoy apenye.. jenuh juga nak melayan..

mungkin aku patut berhenti mengeluh. Yelah, perubahan ini pun bagus untuk diri aku dan alam sekitar. Mungkin dengan perubahan ini dapat menjadikan aku lebih tabah, kental dan yakin. kepada orang-orang di luar sana, aku tahu kamu tidak berniat menakutkan aku. tapi serius, cara kamu amat menakutkan aku sehingga aku sanggup meletakkan telefon aku di tempat yang tinggi supaya aku tak boleh capai dan aku boleh buat alasan, aku tak dengar telefon tu berbunyi. habis cerita.
tapi sampai bila aku nak jadi penakut ni. aku kena berhadapan dengan perkara ini juga. lambat laun aku kena berterus terang. oo.. berterus terang kadang-kadang amat menyakitkan.

aku memang patut berterus terang. supaya aku lebih berani. erkk.. tapi bererani ke aku berterus terang? AKU BOLEH PUNYA!!!

No comments: