22.2.10

senyum sampai telinga

hohohoho..

Pernah tak rasa nak senyum sampai telinga sepanjang tiga hari? hahaha
aku rasa nak macam tu hari ni, esok dan lusa.
Atas kecuaian aku sendiri, charger laptop yang baru berusia 2 minggu tertinggal di tempat letak beg perpustakaan. Nak cepat ke kelas punya pasal. Sampai tertinggal benda alah tu. haish.

Setelah sedar, malam tu juga aku pergi cari. Tapi dah tak de. Rasa nak nangis je. Tapi cover lagi sebab ada rumate aku. huhu

Atas nasihat seseorang, aku pun buat la iklan mempromosi diri sendiri. Sangat memalukan buat iklan sebegitu rupa. Tampal kat sana, tapi aku tak la guna nama penuh. Malu. Dah lah kecuaian sendiri. Memang lepas ni aku akan gantung wayar laptop tu kat leher supaya tak hilang lagi.

Seminggu kemudian barulah ada seorang yang baik hati menghubungi aku. Lega tak terkata. Lega sangat-sangat. Dan hari ni baru aku dapat tengok charger aku tu..huhu
Aku rindu kamu wahai wayar!!!

terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan. hahaha
sokongan anda sangat aku hargai. Terima kasih juga kepada adik yang sudi pulangkan wayar tu. :)
p/s: aku upah dia cokelat cadbury tau hehehe.. thanks (^_^)V

No comments: