7.3.10

Alahai si kereta sewa

Pergi ke bandar
naik kereta sewa
kereta sewa kancil
automatik, agak buruk, meter rosak
nasib baik radio berfungsi lagi.

Nak pergi ke bandar
singgah bank kejap di simpang
15 minit kemudian
kereta mati
habis minyak
tak sempat nak pergi isi

telefon abang kereta sewa
dia datang
bawa minyak 1 botol air mineral
ucap terima kasih
kami pun hidupkan enjin

dah sampai bandar
sembang-sembang
gelak-gelak
nyanyi-nyanyi
kereta mati lagi
atas bukit
di sebelah kiri

mati depan kedai baiki motor
aku jerit minta tolong
kawan gelak
ada abang kacak di kedai jerit
kami angguk, kami geleng
dia datang, hulur bantuan

bawa motor, beli minyak
siap tolong isi
siap bagi ceramah pasal kereta
kami angguk,kami geleng
geli hati pun ada
betapa sempitnya otak kami
pasal kerete
mana boleh kereta jalan sampai bandar
guna minyak banyak itu
haha..kami gelak

terima kasih abang kacak
dia tak minta upah
dia hanya senyum dan angguk
kami kagum
sebab dia bangsa lain
bangsa cina
sangat berbudi
sedangkan tiada orang lain nak bantu kami

2 comments:

TMUkmkd said...

lohhh mana leh banyak tu je minyak nye :D

Cik hitam said...

hehe.. tulah pasal..
boleh pulak guna minyak banyak tu.. XD