19.3.10

hilang tempat berteduh

hari ini hari geram
geram sebab aku lupa mana aku tinggal payung aku
geram sebab kerja last minute
sebab semua program best tertindih
masa inilah aku harap aku boleh menggandakan diri
mengganda macam kartun ninja tu
aku lupa nama kartun tu
janji boleh ganda dan boleh berada di berlainan tempat dalam satu masa
jadi, tak lah aku geram macam hari ini.

aku pula dah ada masalah short term memory kot
asik tertinggal payung di mana saja aku berada
jangan jadi macam dory sudah
si ikan biru yang asik hilang memori

sedihlah hidup di bumi universiti tanpa payung
rasa hilang tempat berteduh
rasa geram pada diri sendiri
lepas ni kena cari payung lagi
mungkin aku patut gantung payung kat leher baju aku
supaya tak hilang lagi
lepas ni, aku nak jaga payung aku baik-baik, mungkin dia merajuk dengan aku, sebab asik dia je yang kena panas dan hujan.
sekarang aku dapat rasa apa yang dia rasa :(

pengumuman: sesiapa yang terjumpa payung pink avon bereben, sila pulangkan pada saya
ada nama saya di merata payung tersebut. jasa baik anda amat dihargai. terima kasih

2 comments:

Shafwan-Wahab said...

nama katun ninja tu : NARUTO

cadangan saya : buat poster tampal mcm awak buat utk charger yang hilang

cadangan short term memory : makan kismis

pertnyaan : madu ada makan tak?

Cik hitam said...

ah.. iya naruto..
tak kan payung hilang nak buat poster. malu. asik saya je yang hilang barang. :(

kismis ada, tapi dah expired
madu, sudah makan

awak, terima kasih :)