23.3.10

Kerajaan Kamar Kaca dan Wilayah Hati Merah

Kerajaan Kamar Kaca merupakan kerajaan hitam yang transperen

Sifat tak legapnya ini membolehkan rakyat jelata keliru sama ada kerajaan ini membela nasib rakyat atau membunuh jiwa rakyat.

Kerajaan Kamar Kaca ini meniup semangat yang luar biasa bagi rakyat jelata yang buta.

Bagi rakyat jelata yang celik, mereka nampak betapa hitamnya kerajaan ini.

Kerajaan ini mempunyai bala tentera yang kuat.

Yang terdiri dari beribu-ribu malah mungkin berjuta-juta tentera yang patuh dan halus tapi kuat.

Bala tenteranya boleh meracuni fikiran rakyat jelata yang tidak berfikir dengan menggunakan akal.

Meracuni hanya dengan bisikan halus tidak berbunyi.

Rakyat jelata yang terdengar, akan segera bertukar, menjadi raksasa yang hampir tidak dikenali lagi.

Semakin didengar, semakin lali. Itulah kekuatan bala tentera Kerajaan Kamar Kaca.

Rakyat jelata yang berjaya ditawan akan terperangkap di dalam kamar kaca sempit yang sejuk dan gelap.

Ilusi dan angan-angan hitam menjadi santapan rakyat jelata yang malang.

Namun, rakyat jelata malang tidak sedar, mereka hanyut di bawah kekuasaan Kerajaan Kamar Kaca.

Kerajaan Kamar Kaca berjaya menakluki wilayah Hati Merah yang dulunya putih, kini dicemari titik hitam pekat.

Kerajaan Kamar Kaca berjaya menjadi raja…


Rakyat jelata terus dikaburi nikmat dan kekayaan palsu yang sementara dengan menggunakan racun Nikmat..
Racun ini akan menyebabkan rakyat jelata seronok, lupa, alpa akan kewajipan mereka sebagai penduduk di Wilayah Hati Merah.

Wilayah Hati Merah terus kering dan gersang. Rakyatnya sudah lupa untuk bercucuk tanam, ternakan mati akibat lapar, anak-anak dibiar tidak dididik, korupsi ada dimana-mana. Yang ada hanyalah pusat-pusat hiburan yang memangil-mangil rakyat jelata alpa.

Berseronok hingga hilang kerja,
Kubur kata mari tapi, mereka asyik menari..

Wilayah Hati Merah kini ditakluki oleh Kerajaan Kamar Kaca.

Moga satu hari nanti ada pemberontak kecil yang berani membawa Cahaya Putih dari atas Bukit Akal untuk menentang Kerajaan Kamar Kaca.

4 comments:

setterene set said...

knpa saya rasa saya xphm?hukhuk~~~

Cik hitam said...

tak pe set..
pemahaman memerlukan masa :)

Shafwan-Wahab said...

@_@ x faham....

Cik hitam said...

uiks... @-;--