22.3.10

lastik dan alam magis

Satu buku perasaan yang terpendam
Dalam hati yang tak tenteram
Dilepaskan jauh
Dengan menggunakan lastik emosi
Dan berharap akan mendarat di alam magis

Magis bilamana tangisan menjadi manis
Emosi duka bertukar gembira
Magis bila kau tersenyum
sekelilingmu akan bertukar warna ceria
Magis bila kau sakit, sakitmu tak terasa

Tapi..
tiada lastik emosi
Tiada alam magis
Perasaan terpendam
Tertakung di dalam jiwa
Sebak, pedih, senak
Buat nafas sesak

Aku pilih yang ini
Aku harus teruskan
Mampu toleh belakang
Dan rindu
Tapi di hadapan
Bukan maya
Harus berjalan
Walau tersadung akar masalah
Walau hanyut lautan duka

p/s: Jangan biarkan raksasa emosi beraja di hati

"Bencilah.. Pergilah main jauh-jauh.. Nak juga duduk menempel kat sini. Pergi cari kerajaan lain. Aku nak bina kerajaan baru kat sini. Bukan kamu sebagai raja. Tapi aku nak pilih raja aku sendiri. Pergi! Pergi! " kata pemberontak kecil dalam hati.

Satu hari nanti pemberontak itu akan bangun dan jadi besar. Hanya tunggu masa untuk bertindak. Ubah segala-galanya. Tiada lagi raja yang lama. Dia akan busuk, reput dan dimakan ulat. Dan semua pemberontak kecil akan buang dan tanam dia dalam-dalam. Supaya jasadnya tidak dinampak dan baunya tidak dihidu lagi.

Pemberontak kecil akan cari raja yang baru. Mungkin lebih menarik jika pemberontak kecil itu sendiri yang menjadi raja.. :)