16.3.10

mata berat

Mata berat
Akibat dos ubat
Suara dah macam penyanyi opera cina
Cuma watak saja lain
Aku watak tanpa bedak putih tebal
Masih mahu berkata walau tanpa suara
Haha hari ini aku gelak besar
Tapi aku lupa belakang hari nanti
Haha aku gelak lagi
Hari ini, semalam hari aku bewarna
Kerana dia.. :)

Sambil dengar muzik di tepi kantin
Terdengar suara sindir menegur aku
Haha aku gelak
Aku pura
Padahal dalam hati geram tak terkata
Nak jaga hati mereka
Supaya tak terasa
Haha kau sengih terpaksa
Aku pergi tanpa bicara
Melirik hanya dengan ekor mata
Jangan kau dengar ura-ura
Ura hanya buat kau tertanya
Aku pula yang sakit jiwa

Haha aku gelak
Haha gelak lagi
Macam esok tak kan ada sedih untuk aku
Mana tahu mungkin aku sudah tiada nanti
Mungkin hanya tawa aku pengubat rindu kamu

Haha gelak
Sambil susun gambar kulat
Yang sudah berkulat dalam simpanan aku
Bila aku nak mula
Tarikh akhir makin dekat
Jerit kat telinga hati kau
Jangan malas
Siapkan kulat itu
Nanti kau yang nangis
Haha nangis
Akhirnya.

2 comments:

Nini teDDylicious said...

kdg2 kan..sakit jiwa tu penting.

siyes!

Cik hitam said...

jangan sampai makan jiwa sudah ;)