13.3.10

Organ

jika mata aku boleh bercakap mesti dia sudah suruh aku tutup dia cepat-cepat
jika hidung aku boleh bercakap mesti dia suruh aku bernafas sepuas mungkin
kalau tekak aku boleh bercakap, mesti lama dah dia suruh aku makan ubat
kalau perut aku boleh cakap, mesti dia dah menjerit sebab tak tahan
kalau tangan aku boleh gerak sendiri, dah lama dia sepak aku. Banyak kali. sampai berdarah.
kalau kaki aku boleh buat keputusan sendiri tanpa kawalan otak, mesti dah lama dia sepak aku.
kalau rambut aku tak mati, dah lama dia panjang, menjalar dan mencerut leher aku sampai aku mati.

hanya diri aku tak sedar lagi.
padahal semua organ sudah mengerti.
hanya tunggu balasan di akhirat nanti.
Bila kau nak sedar?
adakah hanya selepas mati?

2 comments:

Izzatul Huda said...

nasib baik hanya mulut mmpu berkata-kata..
hati yang mengawal jiwa,
otak mengawal akal..
kita hanya menggerakkan badan..
jagalah diri..^^

Cik hitam said...

otak x mampu kawal lagi. hampir lumpuh dek duniawi.
yang tinggal akal dan iman. itu pun jika masih tebal.