6.4.10

ada unsur tangisan

ingin sahaja aku capai telefon dan mendail nombor mama
"mama, anak mama tak kuat" mahu cakap ini sambil nangis raung-raung
"anak mama hampir jatuh gaung!" apa ekspresi mama aku ketika mendengar nya
ah.. cepat cepat aku batalkan niat
tapi jari ini gatal..
didail nya juga nombor mama..
mama angkat.. suara ceria.. ah.. getar suara aku sorokkan

suara aku kontrol sehabis baik
aku memang pelakon yang baik
mama tak terkesan
gelak aku gelak real
tapi sebenar nya mahu sahaja aku menjerit meraung-raung dalam telefon

mama mama along...
ah.. tak mampu aku teruskan..
"along kena kemas barang nanti"
statement tu yang terkeluar..
adeh.. mama gelak..
"memanglah kena kemas, dah nak cuti sem" mama kata

oke lah ma, kirim salam kat papa..
aku tekan punat merah

kenapa aku tak cakap je.. ah .. lembab
bukan lembab, sebenarnya aku takut
risau mama aku ketuk aku dengan lesung batu

ah .. sudah la.. aku simpan sahaja dalam hati
sampai hati aku dah nak meletup
baru aku bagitahu mama
itupun kalau berani.

mama.. along nak nangis sebenarnya..
dah tak tahan dah..

No comments: