6.4.10

kala mulut terkunci

aku tak tahu
sungguh aku tak tahu
manakan bisa hatimu boleh berkata
kerana hati mu tiada mulut
hati ku juga sama

tapi aku tahu
hati kita
punya kuasa
yang bisa berkata tanpa suara

cuma satu masalah aku
telinga aku tuli
aku tak dengar suara hati mu

aku hanya lihat dari ekspresi wajah mu
tapi wajah mungkin boleh palsu
hati kata lain
wajah buat lain
oh..otot di bawah kawalan mungkin

salah aku
otak lambat
lambat nak kenal
muka palsu mu
sunguh aku tak kenal
percayalah

aku mahu beli alat pendengaran
supaya aku boleh dengar suara hati mu
supaya aku lebih hati-hati
kala bicara
dan aku tidak perlu menganalisis muka palsu mu lagi
kerana aku sudah dengar suara hati mu
suara hati mu
suara hati mu..


bila dah beli alat pendengaran tu nanti, kita kongsi sama-sama ya..
nanti kamu boleh dengar suara hati aku pula..
sharing is caring.. :)

No comments: