9.4.10

puding hati perisa jagung

ikut hati mahu sahaja aku belah kepala kamu dan lihat otak kamu
mahu lihat adakah perbezaan antara otak kamu dan aku

tapi mungkin nanti aku sedikit kecewa
sebab otak kita mempunyai fizikal yang sama

kita ada
pemikiran yang berbeza
ah.. permikiran terlalu abstrak

rasa berbeza setiap kali dengan kamu
seperti main mencari harta karun
klunya ada dengan kamu
aku perlu meneka jawapannya

tapi, setiap kali jawapan aku salah
salah secara total
haha
nampak tak?
kita tak sama.
aku fikir jawapan yang lain, jauh dari apa yang kamu fikir
aku fikir akibat
kamu fikir cara dan langkah-langkah

aku fikir negatif, kamu fikir positif
itu yang buat aku kagum dengan makhluk tuhan yang ini
mereka tidak kompleks
yang kompleks mungkin sistem sarafnya
otak mereka, mudah
jelas dan terang maksudnya

aku,
aku lebih tersirat..
kata ya, tapi dalam hati kata tidak
sebab?
aku mahu jaga hati
hati kamu yang aku sayang
tapi akibatnya
hati aku yang sememangnya macam puding lembik
akan hancur, walaupun dengan sedikit hentakan.
jaga hati orang memang penat kan..?
lagi-lagi kalau hati yang kita sayang..
seperti mahu membalutnya dengan penyerap hentakan yang paling mahal dan berkualiti sekali
supaya tiada retak langsung di hati mereka.

dan..
biarlah aku sendiri yang menjaga hati aku
isi dalam tupperware ais krim pun tak apa
asalkan aku yang pegang
kerana aku tahu, jika aku bergerak terlalu banyak,
hati yang dalam tupperware ais krim ini akan hancur
sebab dia lembik

aku akan jaga dan beri kata-kata semangat
siapa lagi yang mahu buat begitu jika bukan aku
kalau agak-agak dah hancur sangat
aku hirup je, terus makan
puding hati perisa jagung..sedap juga


aku mahu jaga hati kamu
selembut mungkin
tapi mungkin fitrahnya aku kasar
aku buat hati kamu retak
retak sahaja
tak hancur lagi..
senyumlah :)

2 comments:

zue yang baek said...

wow cik faz suke berpujangga ye..
mcm laksamana sunan:p

Cik Faz said...

aha.. laksamana sunan..
rindu pulak..
balik pahang nanti nak jumpa dia lah.. hee :)