2.4.10

usia bukan halangan

mungkin aku sudah lupa
macamana rupa kau bila kau gelak
mungkin aku sudah lupa
macamana kerut muka kau bila buat asemen
mungkin aku sudah lupa
ekspresi kau bila kau buat muka annoying gila

tapi aku tak kan lupa
bila kau pergi
masa aku jauh
aku tak akan lupa
cara kau pergi tinggalkan kami
aku tak akan lupa
tarikh kau pergi

kau pergi
buat badan aku sejuk
takut
rasa otot perut aku ditarik-tarik
kebas kaki
panas telinga

kau pergi terlalu cepat
tak sempat habis degree
tak sempat tengok aku kahwin
tak sempat kita grade sama
tak mungkin dah
sebab kau dah pergi

aku nak cakap
aku takut bila kau pergi
aku tersedar
yang aku tinggal kat dunia ni tak lama
mungkin aku akan ikut kau esok, lusa
aku takut sangat
sebab amal aku macam sebutir pasir
dosa aku seluas tujuh laut

hari ini,
aku rasa macam tu lagi.
aku takut
rasa bilik sunyi walau ramai orang
rasa bilik gelap walau dalam terang
rasa hati kosong walau ada darah
pernah tak kau rasa macamtu?

aku ada rasa banyak kali
cuma kadang kadang aku hanyut juga
tapi sempat lagi aku capai tali iman aku
yang senipis rambut

bila orang yang kau rapat pergi secara tiba-tiba
apa kau rasa?
semalam kita gelak dengan dia
esok dia dah tak de

takut.
aku rasa aku muda lagi
tapi rupanya
maut tak kenal usia.

al-fatihah kepada yana

aku sayang kau

No comments: