5.5.10

malam dan gelombang bahagia

bila malam..
otak aku akan menerima gelombang-gelombang bahagia
gelombang-gelombang bahagia yang bertukar menjadi satu pesanan yang boleh disimpan dalam kotak memori.

kotak memori aku kecil.
tapi lebih besar dari kotak mancis.

walaupun kecil, banyak memori yang boleh disimpan.
Tapi tak boleh diimbas dengan sempurna.
aku banyak makan semut agaknya.

tapi pesanan yang ini boleh disimpan dan diimbas dengan sempurna.
pesanan ini buat aku bahagia sekejap.
rasa bahagia sangat sejuk.
Sampai telinga aku boleh beku.

Wahai gelombang..
jangan jemu bagi aku isyarat ini.
kadang aku rindu..
kerana pesanan kamu buat aku tahu..
bahawa aku masih ada aku.

No comments: