13.5.10

selesa membunuh

bila rasa hidup begitu sempurna
aku pula tak menghargainya.

begitu banyak angin keluhan dihembus
sebeban kesalan telah dikeluarkan
namun tidak pernah direkod dalam buku hati
direkod sebagai noda hitam
yang menghantui setiap biji hemoglobin
yang merentap urat saraf
yang menyesakkan paru paru

semakin aku rasa sempurna hidup ini
semakin aku lemas
lemas dengan dosa yang menghitam
lemas dengan setiap noda yang tercatit
namun aku masih dengan keadaan selesa

selesa membunuh!

aku yang semakin menghitam..
oh tuhan..
berat ujianmu ini..
aku yang lemah longlai
semakin tak bernyawa disedut hawa yang panas bergelora
mati keras dalam jasad yang masih bernadi.

tolong aku
hidupkan aku kembali.
pulangkan nyawa aku.
semangat aku yang tengelam itu.
aku mahu dia kembali.
aku mahu dia kembali....

No comments: