21.5.10

surat cinta terakhir

banyak yang ingin ku catat.
dalam sekeping kertas putih bergaris.
tentang aku. tentang kamu.

nama kamu telah menakluk wilayah hati aku.
memori aku telah dijajah dengan wajah kamu.
jari aku ligat menulis watak kamu
dalam sekeping kertas putih bergaris.

moga dengan surat itu,
aku telah berjaya menakluki hati kamu,
moga dengan surat itu,
aku telah berjaya menjajah memori kamu.

No comments: