25.6.10

bila aku rasa aku abnormal

mereka dikurniakan mata dan mereka melihat,
mereka dikurniakan akal dan mereka berfikir..
Bilamana aku rasa mereka normal dan sihat.

Aku cemburu..

Cemburu kerana:
aku buta..
Aku tak guna akal
Aku abnormal dan aku sakit..

Bilamana jantung masih lagi mengepam darah ke otak, ini membuat aku berfikir..
Dimana aku letak semua harapan aku?
Adakah di kotak otak untuk diimbas dan dilupa?

Bilamana jantung mengepam darah di otak dan di organ..
Kenapa aku masih boleh berfikir tapi masih gagal bertindak?
Adakah darah dipam ke organ tidak cukup?
Atau aku yang malas bertindak?
Hanya ikutkan racun yang semakin meresap ke otak, sehingga mengawal semua perilaku aku ?

Aku mahu berkata pada hati:
Kau kuat, lawanlah..
Jangan biar racun kuasai otak kau, kelak bukan kau lagi yang mengawal diri kau.
Carilah penawar dan bersabarlah kerana kau masih tersisa dalam ini.
Biar penawar mencantumkan kau kembali pada asal.

Aku mahu berkata pada diri:
Dan aku berharap aku masih lagi normal untuk menghirup oksigen di bumi tua ini.
Aku berharap..
Aku masih celik untuk merasa silaunya cahaya
Aku masih dapat mengunakan akal selagi aku tak gila.
Dan aku berharap..
Harapan ini bergandingan dengan tindakan untuk melahirkan aku yang baru.

Aku mahu kata pada broadband:

Terima kasih kerana menjadi terlalu lembab. sekurang kurangnya dapat mengajar aku erti sabar.

No comments: