8.6.10

jom selam skuba

jom selam skuba
hari ini saya jadi buddy awak oke?

jom kita selam kat dasar hati saya.
kita mula sekarang.

hati saya ini mempunyai kedalaman yang amat luar biasa dan gelap di dasarnya
jadi kita perlu dua tangki penh dengan oksigen kering dan lampu suluh
kita akan buat safety stop pada kedalam lima meter.

ini kerana pada kedalaman itulah belon-belon cinta terbebas dari badan kita dan bagi nutrien kepada hati saya ini dan pada masa yang sama badan kita akan bebas dari nitrogen.

di dasar hati saya nanti, kamu akan nampak ianya kering
kering sampai merekah rekah
di setiap rekahan itu nanti kamu akan nampak gunung api kecil yang mengeluarkan gas gas sulfur berbau busuk

ini adalah kesan daripada pemanasan global
hati saya mengalami tekanan yang melampau

baiklah nanti apabila naik ke permukaan jangan lupa buat safety stop ya.
ia perlu.
supaya hati saya tak mati.

kalau mati,
saya perlu minta hati baru dari tuhan.

9 comments:

uglybeautyme said...

jgn biar smpai hati mati
susah~
bagi dia oksigen cukop ok bila dah sampai 'atas'.

Cik Faz said...

huhu.. tula.. ni tengah tecungap cungap ni nak sedut oksigen. .adeh

sea_lavender said...

ayat2 kamoo benar2 mndalam dan puitis...
stdnt sastera kew cik faz?

Anonymous said...

ade nk order hati baru ke..sy nk amik pesanan..brape mau?

Cik Faz said...

lavender: saya pelajar sains..hee
baru nak belajar :)

anonymous: saya mau hati yang tak reput satu

Anonymous said...

bila kamu mau..sediakn ruang secukupnye kerna hati yg sy akan bawa in sgt besar ;)

Cik Faz said...

anonymous: hmm.. saya nak simpan dalam peti. boleh tengok hari hari. peti kat rumah saya muat kot :P

Shafwan-Wahab said...

huyoo...

Cik Faz said...

hi incik shafwan.. :)