8.6.10

kau kan kuat

entah mahu mula dari mana
sakitnya tidak dapat dikesan
sekali diserang
air mata jatuh tidak tertahan

hilangnya sayang
seperti hilangnya kata
kata yang dapat membina balik hati aku yang tingal sebelah ini

hari hari menghantar pesanan cinta
dengan harapan ianya berbalas
supaya cinta mekar kembali seperti hari dulu

hari hari menulis nota duka
yang bisa nangis bila dibaca

kasihan.
boleh kurus aku macam ni.
hari hari lauk sama.
hati,hati,hati

rasa mahu jerit:
oiiiii !
aku ada kat sini!
sini! sini! sambil lambai tangan
tengoklah aku!
tegurlah aku!
tooolonglah!
aku kat sini lah! tak nampak ke?

yelah mana mahu nampak
aku kan jauh.

No comments: