3.6.10

terluah pula

bila aku tahu kenderaan itu satu benda yang wajib ada disini
aku terasa mahu ada kereta atau motor sendiri.
jalan kaki ke tempat yang sangat-sangat diperlukan amat memenatkan
bila dah sampai, tempat tu pula tutup.
terasa macam mata dipicit-picit untuk mengeluarkan air mata.

bila aku tahu keberanian amat diperlukan disini
aku rasa seperti orang kalah yang bodoh dan membuang masa tercatuk dihujung penjuru tanpa membuat apa-apa.

puas aku memangkinkan diri dengan kata-kata motivasi di dalam tandas tadi.
Yang keluar hanyalah cecair jernih yang serta merta menenangkan perasaan di dalam ini.

benar aku rasa seperti orang kalah.
keberanian aku hampir ke arah negatif.

sungguh aku tidak sanggup berkeadaan seperti ini.
tetapi aku yang membuat perkara menjadi leceh.
sedangkan perkara itu boleh diselesaikan hanyap dua kelip mata.

lama juga aku menyerap tenaga positif dari pokok-pokok
daun-daun, jubin, kerusi, dinding dan kulat di dalam lab tadi.
semoga penyerapan itu berkesan untuk aku menjana satu tenaga dalaman yang mempunyai kuasa keberanian melepasi tahap normal.

semoga berjaya faz :)

2 comments:

uglybeautyme said...

insyaALLAH
nothing impossible dear:D
gambate!

Cik Faz said...

hee.. thanks fren..