10.6.10

walaupun mengeluh

kaki kau tak lagi berpijak pada tanah gambut.
kaki kau kini berpijak pada kerasnya jalan tar yang panas dah hitam.
kalau tersalah jalan, mungkin kau akan jatuh, terluka dan berdarah akibat geseran kerikil dan kulit.

keluhan berat dihembus.
jutaan kata kata motivasi dijeritkan kepada diri
benar, aku kecewa.
kecewa bila masa tidak dapat diputar kembali.
kecewa bila kesilapan yang dilukis atas pentas kehidupan ini tidak mungkin dipadamkan.

seperti menyimpan satu rahsia yang amat besar.
takut untuk membuka mulut.
takut akan keseorangan dalam dunia ini.

senyaplah wahai hati.
yakini tuhan itu ada bersama kamu.

2 comments:

uglybeautyme said...

ak petik dr kenalan
"pandang belakang xpe, JGN fikir belakang"
so...kecewa masa lalu utk gembira hr esok
sbb..pengalaman masa lalu mengajar kita utk hdp pd hr ini.
kamoo cuma perlu berehat sekejap
mungkin sedikit 'kopi' utk teros 'jaga':D
*kopi= pep talk.
good luck dear:D

Cik Faz said...

thanks b..
it is helpful :)