21.7.10

benar

Benar
Tuhan aku sayang aku
Dia bagi aku semua bahagia
Deria, kasih sayang, Harta,

Benar
aku lupa
dunia ini sebentar cuma
Tiada yang lama, melainkan dia.

Benar
Aku alpa
Dosa itu tiket neraka
Aku dalam bahaya

Benar
Aku leka
Dicium nafsu
Dipeluk dunia

benar
Aku yang salah
Kerana lupa,alpa dan leka
Seyum, tawa
Hingga lupa siapa pencipta.

Aku dikurung dalam sangkar nafsu
Yang hanya mampu dipecahkan oleh aku,
Si pendosa.

11.46 am: makmal baru
Bila malas menguasai hati

No comments: