4.7.10

bercakap pada seorang aku

setiap malam aku katakan pada diri
bahawa aku harus berubah
perkataan harus itu tidak cukup kuat bagi aku.
sukarnya untuk berubah pada waktu ini.
kebiasaan yang hampir tiga tahun diulangi.
untuk berubah perlukan istiqamah.

tapi aku seperti kapal layar
yang bergerak mengikut angin.
aku penat
ingin sahaja aku melabuhkan sauh
tidak bergerak lagi mengikut angin yang mungkin boleh bertukar ribut pada bila bila masa.

bila aku lihat hidup orang lain
aku tahu aku bertuah
tapi jarang aku bersyukur
jarang aku sedar akan nikmat tuhan

sering saja aku lalai
melanggar perintahnya sesuka hati
moga hati aku tidak lagi mati

bila aku lihat keliling
baru aku sedar, aku berada di alam nyata
kesian..selama ini aku berilusi semata
pengalaman aku kosong
dan aku sering mengulangi kesalahan yang sama
bukan aku tidak tahu kesalahan itu kesalahan major dalam hidup aku.
aku tahu. dan aku amat pasti.

kepastian itu buat aku sedar.
sebentar, sedar? haha
ketawa mengejek diri sendiri. kasihan. muda muda lagi aku sudah begini.

kerap aku sedar. kerap juga aku alpa. kerap juga aku ketawa.
menangis? bila sudah sedar. tapi terlambat.
mengulangi memang hobi aku. entah kenapa, sukar betul untuk aku beristiqamah.

memulakan sesuatu yang baru memang sukar.
malah jika sudah mula, mahu berhenti pun sukar.

berkata aku pada hati: semoga lebih tabah dalam menyingkirkan segala toksin dalam badan ini. badan ini sudah sakit. teramat sakit.

No comments: