4.7.10

bicara seketul hati yang galau

Dengar sini.Bisik sang hati.

Bicara satu.
Benar aku berseorangan dan aku kini rindu masa lalu. Masa di suati bilik untuk orang-orang mendengar syarahan dari guru. Aku rindu mendengar dan mencatat. Kini aku seorang, belajar saat saat menjadi dewasa. Aku kini hampir faham makna berdikari. Terasa sukarnya berdikari itu. Kerana telinga aku bisa mendengar bisikan lain selain bisikan hati aku.

Bicara dua.
Benar aku sedang melawan dari kehendak yang sakit. kehendak itu amat kuat sehingga aku rebah berkali-kali. Aku bangun, hampir kosong tenaga. Jasad masin tersungkur disitu. kaku. Fikiran mampu terbang. Hatiku yang galau. Sedang keliru dengan dunia baru. masih bertatih mahu tahu. Malangnya, nafsuku tidak mahu. ohh nafsu. Jahatnya kamu.

Bicara tiga.
Sisi lain aku berkata, keluarlah kamu dari zon hitam selesa yang membunuh!
fokuslah! demi masa depan kamu yang masih kabur. moga hilanglah duka, datanglah suka.

Bicara empat.
Mana pergi semangat? Mana hilang kamu yang dulu? Aku rindu kamu wahai perempuan yang bersemangat merah seperti merahnya saga. Marilah. Jeritkan di telinga aku kata kata semangat mu. Moga aku bisa membara kembali.

2 comments:

myzatul~ said...

cool la cik faz ur words!

Cik Faz said...

ehe.. ;)