31.7.10

hari 31

mahukah kamu merakam gambar aku sayang?
dengan kamera filem mu.
senyumku berkedut,
gigiku banyak tercabut.

mahukah kamu merakam gambar aku sayang?
rambutku kusut,
pipiku layut.

mahukah kamu merakam gambar aku sayang?
bila lihat aku tak cantik seperti dulu?

2 comments:

uglybeautyme said...

dia mahu sbb dia syg cinta kamu bkn sbb senyummu berlesung pipit gigimu tersusun pipimu yg gebu mahupun sbb rmbutmu...sbb kamu lengkapi dia...kamu lebihkan dia yg serba kurang dan kamu seiring bila dia lebih...indahnya~

oppa said...

i love dis so much