10.7.10

Mana hilang yang lagi satu?

ini bukan aku,sayang. ini aku yang lagi satu.
aku yang gelap. aku yang sesat. aku yang alpa.
adakah kamu lupa? atau aku yang lupa di mana aku tingalkan aku yang lagi satu?
puas aku cari. kerap juga aku putus asa. aku kembali. tapi hampir hampir aku hilang.

dimana aku tingalkan aku yang dulu, sayang?
ditangan mu? atau ditanganku yang lagi satu?
aku lupa. atau ini permainan otak aku? atau aku sengaja menyelitkannya di celah celah lipatan otak sehingga aku gagal mencarinya kembali.

adakah kamu tahu sayang,
aku begitu menyukaimu sehingga aku tercicir diri aku yang lagi satu.
kasihan dia. entahkan hidup, entahkan mati. entah entah sudah dibawa orang pergi. jauh dari sini. mungkin, sebab itu aku gagal mengesan koordinatnya.

kalau kamu sayang aku, marilah teman aku mencari aku yang lagi satu yang tercicir disebabkan kecuaian aku. Mari sayang. Teman aku..

2 comments:

uglybeautyme said...

schizophrenic ney..haha:P

Cik Faz said...

haha.mungkin. :P