20.7.10

perenung

aku si perenung
merenung kamu yang sakit di sini
melihat setiap gerak kamu
mendengar setiap kata hati kamu

berfikir apa yang kamu fikir
melihat apa yang kamu lihat
merasa apa yang kamu rasa

benar aku si perenung
merenung hari hari kamu yang kian gelap
segelap malam tanpa cahaya bulan dan bintang

merenung kesalahan kamu
membiarkan kamu tersembam di lantai dunia
dengan tindakan kosong
kerana aku hanya si perenung
yang pengecut dan berdosa.

No comments: