3.8.10

dinding kosong batu

di dinding kosong batu
setentang dengan aku
aku tampal gambar kamu berjubah ungu.

gambar bercerita
manis senyummu
suka suka.

nanti aku mahu, tangkap dan simpan,
gambar orang berduka,
dan tampal di dinding batu
sebelah gambar kamu berjubah ungu
biar cerita dia
resap dalam aku
supaya aku tak lupa
yang duka sentiasa ada.

1 comment:

thenocturnalzulkhairi said...

nanti
tampal juga muka aku di situ ya..
boleh???
hehe