18.8.10

Mahukah kamu dengar satu cerita tentang anak manja yang derhaka?

Pada zaman dimana bumi tidak lagi mampu, muncullah dua wilayah bermusuh. Wilayah Hitam Kelam dan Wilayah Hati Merah.

Penakluk Wilayah Hati Merah seorang wanita. Manakala penakluk Wilayah hitam kelam tidak dapat dikenalpasti identitinya. Samar, kelam dan hitam. Kedua dua wilayah ini saling bergantungan dalam tidak sedar. Dan yang memperhatikan bumi, dua wilayah ini dari atas, adalah seorang raja yang punya kuasa merentasi seluruh alam semesta.

Pada satu malam, penakluk hati merah bermimpi ngeri. Dalam mimpinya, dia tidak lagi penakluk. Wilayahnya mati. Wilayah merah bertukar menjadi hitam.

(bakal bersambung..)

No comments: