28.8.10

seperti biasa , si pengedik gila.

seperti biasa,
aku tunggu kau di depan meja.
lihat cara, gaya engkau bekerja.

seperti biasa,
aku tukar bunga layu dalam pasu.
yang harumnnya bisa hinggap di hidungmu.

seperti biasa,
aku tunggu kau berkata.
walau kau seperti patung.
kaku, sejuk, tiada rasa apa.

seperti biasa,
aku cuba gelak macam orang gila.
supaya kau sedar aku.
yang seperti biasa menunggu mu di depan meja, menukar bunga dan tertawa.

aku cuba taknak rindu, tapi tak boleh.
mesej aku nanti tau.