28.8.10

suria hati.

tiap pagi matahari masuk pintu hati sinari dengan cahaya vitaminnya.
tiap pagi itu, hati segar penuh bervitamin dan sihat.
bila terlalu banyak vitamin, hati mengalami keracunan.
ouch ouch, hati jerit sakit sambil cuba keluarkan toksik.

tiap pagi matahari masuk pintu hati sinari dengan cahaya vitaminnya.
tiap pagi, hati tutup pintu sebab serik sakit.
ouch ouch. hati ingat lagi macamana rasa sakit keluarkan toksik.
ouch ouch. hati takmahu dah.

tiap pagi, hati tutup pintu hati. gelap. sejuk. dan bersawang.
hati rasa dia perlu tukar hati baru.

ada siapa siapa mahu derma organ hati?
perlu hati sihat dan pintu nya tak rosak supaya boleh bukak pintu luas luas.

4 comments:

phyzL said...

cucilah hati..ada caranya..
hati diberi hanya satu..
hati yg diderma blom pasti pintunya baik dan sihat...

Cik Faz said...

saya perlu hati baru, hati lama dah kotor amat :(
thanks abang..

phyzL said...

dapat hati baru nanti...

kalau dikotori lagi dengan benda yg sama..

kesian hati baru tu..

susah nk dapat tau..

Cik Faz said...

faz dah tukar hati sekali dan dikotori dengan benda yang sama lagi. hmm.. my bad :(