25.9.10

aku dapat gelombang kau

telah kau sentuh hati aku,
getarannya hingga ke salur darah terkecil.
getarannya mencambahkan benih benih suka,
buat aku ringan,
terapung apung dalam khayalan sendiri.

telah kau lukis senyummku
dengan lirik mata jujurmu.
kau bawa aku lari
hampir ke duniamu.

telah kau singgah
hati aku
menyapa dan berpaut.
menanam butir butir cinta.
butirannya halus..
tak nampak..
tapi aku mampu rasa.

***

fuh.. macamana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii T____T
jgn tersalah tafsir gelombang dia, fazzzzzzzz!

4 comments:

Edy G-Minor said...

shhhh. kau jatuh cinta.
sekarang rasa lah kau indahnya.
shhhh. kau jatuh cinta.
barangkali.

Cik Faz said...

sungguh?
alamak!
habissslahhh aku.

Shafwan-Wahab said...
This comment has been removed by the author.
Cik Faz said...

rasa suka dgn cinta tak sama kan?
wow!