10.10.10

bulatan purba yang moden



cerita epik kita bermula seperti bulatan,
yang bermula di titik akhirnya.
kata indah hanya sementara,
dan diakhirnya disudahi dengan ayat paling pendek,
dan penutupnya dimatikan dengan satu huruf.

nada ceria sudah hilang,
mula pudar seiring dengan pudarnya mahumu.
dan akhirnya, diam.
senyap.
yang didengar hanyalah deruan kipas dinding
dan kibasan halus kepak nyamuk.

ingat aku kita sudah kembali normal.
meleset hingga melecet.
agakan aku memang benar.

senyum dan simpan.

2 comments:

Izzatul Huda said...

huyyooooooooo~~~~~ gadis zaman epik! =P

Cik Faz said...

hahaha..epik la sangat :P