13.10.10

namapun manusia

1.
saat aku memberi ceramah
bukan! aku bukan ustazah.
aku hanya si pendosa
yang mahu hitung kebaikan yang pernah aku buat.
sikit, amat.
dan dosa aku menggunung.

saat aku mahu berubah,
tolong....
tolong aku bantu aku
dan aku tolong kamu bantu kamu
agar, silap yang dulu
tidak kita ulang.

tidak kita ulang.
tidak diulang.

p/s: aku tahu kau benci. aku tulis untuk buang rasa beban. kalau kau taksuka pangkah saja blog ni. dan maaf jika aku kasar. kasar aku, aku sayang. lembut aku, aku biar. dan aku rasa, inilah fungsi aku untuk kamu. bukan sekadar untuk mengungkap kata cinta tapi untuk nasihat juga. kita sama, aku, kau, mereka, semua tak lepas dari melakukan salah.namapun manusia.

dan aku. aku tahu, aku kadang agak menjengkelkan kamu. aku boleh nampak rasa meluat kamu yang terpendam sehingga boleh tersembul anak mata bulat kamu. aku mahu apa sekarang? semua benda kamu sudah buat. aku je yang mcm tak puas hati lagi kan? haha
agak tamak disitu.

pengajaran: tamak tak baik untuk kesihatan.


2.
aku tak tahu apa lagi yang aku mahu pada kamu
mungkin rasa sesal buat aku begini
rasa sudah tak dihargai
penghargaan itu diletak pada cara yang salah
kamu faham?

kita semacam makhluk asing dari dua planet yang berbeza.
benar.
dan kita punya mahu yang beza.
semua benda adanya balasan.
harus.
dan aku rimas.
mana ikhlasnya?
mana jujurnya?
tiada.


p/s: hari hari aku emo. boleh tua macamni.

pengajaran: jangan cakap kasar dengan orang. tak baik.

3 comments:

Edy G-Minor said...

ini sgt cantik !

thenocturnalzulkhairi said...

biasalah...manusia :)

"kita semacam makhluk asing dari dua planet yang berbeza"- Kontra itu menyeronokkan kalau kita faham mksud kwjudan prktaan tu :)

Cik Faz said...

edy: thanks!
zul: memang makhluk asing :)