9.10.10

pura mahu kebal

1. pura

senyum dia murah.
gelak dia mewah.
kata kata dia ramah.
cuba berlagak tabah.
walau banyak kali rebah.

senyum dan ketawa perlukan kekuatan yang bukan sedikit, lagi lagi bila hati sedih kan.


2.
mahu.

rasa mahu itu ada
tapi..
ah, kenapa perlu tapi?
biarkan saja terjadi sendiri
naturally.

rasa mahu itu ada,
sendiri
wujud dalam hati kotor semua manusia
tak perlu risau
kau normal.

sial!
rasa mahu itu ada!


3.
kebal

picagari rindu
kadang menyuntik banyak dos rindu dalam hati
sehingga satu tahap, bisa mabuk!
hati boleh rosak
keracunan!

aku ingin kebal!
kabal..
dari rasa mahu
dari rasa rindu.

picagari rindu dibiar disitu
bergolek bersama botol botol rindu
yang bersepah atas rak cinta.

No comments: