5.11.10

barrier

terdengar ura ura mengatakan bahawa apa yang dibawa ini boleh membawa kebaikan.
tetapi lebih berat dari angin yang dikhabar,
apa yang dibawa ini, ada banyak buruknya juga.

apa yang dibawa ini mempunyai nama yang hampir separuh penduduk bumi mengenalinya.
apa yang dibawa ini satu penciptaan yang boleh menjadikan penduduk bumi yang mempunyai akal dan nafsu ini menguap nguap bagai ikan kekeringan. dengan penciptaan ini juga, penduduk bumi yang mempuyai akal dan nafsu ini mencari antara satu sama lain. Hingga sampai waktu waktu puncak, penciptaan ini bakal membina satu tembok pemisah yang akan mengehadkan pergaulan penduduk bumi.

tiada lagi perasaan secara realiti terluah.

dan inilah hakikatnya. secara diam membunuh keseronokan realiti sehingga bila berdepan antara satu sama lain, perasaan atau emosi menyorok. entah malu untuk keluar aku pun tak tahu. tetapi dalam penciptaan yang ini, perasaan atau emosi palsu boleh dimayakan.

pemayaan emosi ini merisaukan aku. kerana penciptaan ini boleh membuat aku batu dan tidak bersapaan dengan sesiapa secara realiti. Rasa kekok untuk memula, padahal pernah dulu bergelak tawa. kekok. benar aku kekok.

penciptaan ini, buat aku palsu.

No comments: