29.1.11

cedera tak berdarah

jangan risau. bila bila dia baik nanti dia akan berubah menjadi anak patung yang boleh melawan dalam sejarah. yang mampu gigit balik bila kaki tercabut. yang boleh melawan balik jika ada budak nakal tarik rambut. yang boleh botakkan rambut budak budak perempuan jahat dan yang boleh menghantui malam malam budak nakal dengan menyamar jadi hantu dan cekik mereka sampai lemas.

tidak, dia bukan pendendam. tapi dia hanya geram. geram dengan perangai budak budak yang suka mengambil kesempatan atas dirinya yang plastik, mudah tercabut, ringan dan lambat bertindak. mereka ingat mereka boleh membuli anak patung? hahahaha.

bertahun tahun dia jadi anak patung. selama itu jugaklah dia tidak sedar bahawa dia ini manusia rupanya. yang ada tuhan. yang ada agama. yang ada kesal. yang ada hati. yang ada akal. yang ada benci. yang ada cinta.

jangan risau, bila bila dia bertukar menjadi manusia, dia takkan biar cinta membuli dia lagi.

tapi dia tak lah jahat sangat macam patung kat gambar tu.
gambar ihsan pakcik gugel.


6 comments:

Izzatul Huda said...

scarynya....
pasni kena kunci pintu la bila nak tido.heheh

;P

Cik Faz said...

ngehehehe. sebelum ko kunci, dia dah ada kat bilik :P

phyzL said...

nape dia x pakai tudung??hehe..

korg jgn la tido sekatil..hoho

Cik Faz said...

oh ni gambar masa kecik2.
hahaha. kami memang x tidur sekatil lah abang :P

Izzatul Huda said...

ohh...blik nnti kna cek bwah katil la.
ptt pn smlm bunyi2 cm org tarik kerusi kul 2, 3 pg. hmmmmmmmmm...........

sorry we're straight. haha

Cik Faz said...

hmmmmmmmmm.. oke aku dah takut. dahla aku tinggal sorang. -_-