11.2.11

#2

kali ini dia bermula dengan satu.
entah berapa kali dia bermula dengan nombor yang satu itu dengan harapan keadaan akan menjadi sama seperti dulu dulu. dan dengan harapan hati dia akan jadi sedap, sesedap ais krim milo mak.

keadaan takkan sama seperti dulu. dia dapat rasa setiap perubahan yang berlaku dalam ini. kosongnya kemain. luasnya sampai kecil kecil mata menahan. tapi dia tetap rasa redup. rasa angin sepoi sepoi menampar nampar. gelak.

biarlah,
dia perlu masa mungkin.

.

selepas lapan jam membaca dengan henti. lembut lembut aksara maya itu masuk dalam hati. terkesan. sekali lagi terasa angin tiup tiup mukanya. senyum. dia rasa lazat. dan dia senyum lagi.

No comments: