12.2.11

#4


terkial kial dia membuka gulungan tali halus warna putih dari kepingan kotak. senyum dia tak putus putus seperti mendapat aiskrim mekdonal dari abah. pelan pelan dia naikkan objek segitiga warna pelangi ke dada langit. dia senyum lagi. sudahhh. dia senyum sampai pipi kejang.

jakunnya dia sampai menarik perhatian beberapa budak budak ketot comel disitu. mereka cemburu mungkin. dia gelak sambil buat aksi jakun lagi.

objek segitiga warna pelangi terbang tinggi namun tali halus warna putihnya pendek. tak mampu terbang lagi tinggi. dia pula asik tarik tarik. takut objek segitiganya itu terbang dan cakap baibai padanya. terus terus saja ada daya yang mengikat tali halus warna putih di lengan. dia senyum.
kali ini, objek segitiga kemas di tangan. dan dia biarkan angin laut tepuk tepuk mukanya. dia senang.

hari ini, angin baik baik saja.
berpuput sang bayu.
terbangkan lelayang ku.