20.5.11

kes 1

dia ada kawan yang fikir hatinya bulat,boleh digolek golek, dilambung lambung, dipas pas seperti bola. hakikatnya, hatinya bersegi seperti bontot kapal, sudah mula ditumbuhi teritip teritip kecil yang memberatkan. semakin sukar untuk bergerak.

dia ada kawan yang fikir hatinya ada kuasa penyembuhan magik seperti timun timun laut atau terfikir yang hatinya boleh menghasilkan sel sel baru dengan cepat. hakikatnya, sel lama membiak menjadi barah dan minyak timun laut langsung tidak memberi kesan.

dia ada kawan yang fikir dia boleh beri hatinya dengan mudah seperti memberi gula gula pada anak jiran. mudah? kena ikhlas mungkin. ooohh. dia terfikir. macamana mahu beri ikhlas, jika kita tiada hati?

ada hati.
ada hati.
ada hati?

dia ada kawan yang ada hati tapi dia tiada hati untuk diberi lagi sebab hatinya pernah dicuri.
kes hati hati yang dicuri ni memang komlikated.
lenguhhh lah macamni.