23.5.11

lagu dalam sampul merah

dia dapat sebuah lagu dalam sampul surat warna merah berbau wangi.sambil membiarkan hati dia berlari lari, dia membaca lagu dalam sampul surat warna merah berbau wangi itu. wangi, tapi hidung dia tersumbat. dia rasa wangi. tapi hidung dia tersumbat.

dia menyanyi, tapi suara hilang, dibawa lari hati yang berlari lari tadi. dia malas mengejar, penat, kaki dia senget.
lagu dimasukkan kembali dalam sampul bewarna merah wangi.dia simpan dalam tupperware supaya wanginya kekal. nanti, bila bila hidungnya kosong, dia boleh mencium bau wangi lagu.

sedang dia menutup tutup tupperware, dia memikir alasan. alasan alasan yang tidak menjengkelkan. alasan yang konon kononnya comel. ohhhh

No comments: