10.5.11

pinokio,yang hidungnya panjang bila menipu

bila menipu, hidungnya akan panjang mengikut sebesar mana penipuannya.
hipotesisnya begini, semakin besar penipuan, semakin panjang hidungnya.
dia semakin risau untuk menipu. tiap kali dia menipu, hidungnya bertambah tambah mancung panjang. dia hentikan penipuan. hidungnya kembali normal.

dia lega dan menarik nafas.

dia pelik, orang orang yang menipu dia tidak panjang pula hidungnya. makin kembang adalah. berkobar kobar menipu sambil hidung mereka kembang kempis mengikut rentak nafas. dan dia terpana melihat fenomena itu sambil hatinya menyumpah nyumpah.

geram. hidungnya berbekas. hatinya berbekas. semuanya meninggalkan bekas. dia geram lagi. puas dia menepek bedak. bekasnya tetap nampak. bila berpeluh akan nampak. bila mandi, akan nampak, bila bangun tidur akan nampak.dia merungut rungut.

bekasnya semakin dalam,lebam, biru, hitam.
dan semuanya sebab dia menipu.
dia hanya mampu menyumpah, padan muka.

2 comments:

aMir FanSuri said...

org kena puji pun kombang idong dyowang ... :p

Cik Faz said...

haha.. hai mirul!!!