9.7.11

hijau

tak ada apa yang salah.
cuaca senyaman ais krim pudina pun dia tak mampu tolak.
apalagi pandangan jujur seorang marhaen
tiada apa yang salah.

dia menyelak halaman lampau
masih
tiada apa yang berubah
kecuali saiz dan beratnya.
warna dan baunya.
itu sahaja.

buah fikirnya
hijau.
ditutup rapat tempurung setempat.

ayuh!
melompatlah melepasi akal singkat.

*terima kasih un.

3 comments:

Afiq Sahidi said...

monolog yang baik. :)

Anonymous said...

thank you :)

cik faz

wanluqman said...

cyan pun ada ..