6.8.11

langit bilik dan adam

dia memandang langit bilik. ada benda tergantung gantung dipenjuru. tergantung gantung seperti dia sekarang. merimaskan dan menyemakkan. kenapa perlu menyapa jika akhirnya perkara itu kau biarkan tergantung.
bagus. tepuk tangan kuat kuat. kau berjaya wujudkan satu perasaan tak enak lagi dalam diri dia.

peduli apa dia dengan langit bilik. dia duduk bersila atas tikar sambil peluk bantal berbintang ungu. perkara yang selalu singgah dalam benak dia sekarang ialah adam. sejak akhir akhir ini adam kerap menyapa otaknya. memaksa dia berkerut dahi.kenapa harus fikir adam? kenapa tak hawa, melur, cempaka atau minah?

dia biarkan persoalan tergantung disitu seperti tergantung nya benda di penjuru lelangit bilik. melambai lambai malas. dia tahu jawapanya cuma dia tak mahu terima hakikat.

argh!

No comments: