11.10.11

cicirkan di sini

khabarkanlah..
ini,
puisi terakhir
aku gali dari memori usang.

bacalah,
ini,
mungkin puisi terakhir
yang didalamnya tertinggal satu rasa.
rasa yang ingin aku cicirkan.
rasa yang berat,
rasa yang kelabu,
rasa yang sendu.

aku cicirkan disini,
kerana aku mahu pergi.

"rasa yang dipinjam tuhan ini
masih pegun
pada hari
deria cinta kau
pada aku hilang." (deria cinta,2011)



kini tidak lagi.

No comments: